MyGoldenSilver.com - Produk Emas & Perak Gold Silver Resources. Murah & Berkualiti

Photobucket

Fatihah

Entry of The Day - 5 Feb 2012

Assalammualaikum dan Salam Maulidur Rasul 1433H.

Dah lama tak up apa-apa entry kat sini. So, saya rasa better saya update blog ni dengan apa-apa entry yang saya terfikir dan tidak semestinya posting saya nanti mengenai online biz even tagline blog ni "Online Biz That Rulez". Kalau ada entry yang merapu atau tiada isi, saya minta maaflah kalau dah terbuang masa anda dengan membaca entry tersebut.

Erm, mungkin sebab saya dah tak ada biz atau barang baru untuk diketengahkan atau dijual buat masa ni. Kalau ada pun biz yang saya join sekarang ni kebanyakannya passive online making money programme yang saya malas nak promote sangat kat orang lain, just join sendiri je, bak kata orang kalau nak join biz macam ni kena "JAYOR"Join At Your Own Risk. Kalau promote pun just letak banner promosi kat tepi-tepi blog saya ni. Kalau ada yang nak join, Alhamdulillah tapi kalau tak ada pun tak apa. Malas nak promote beria sangat sebab malas nak tanggung kerugian orang lain especially yang tak faham maksud "JAYOR" dan juga tak mahu rasa bersalah kalau biz online tu fail atau scam. Tapi kalau biz berbentuk affiliate seperti STIFORP, nak tak nak memang kena promote untuk mendapat income. Saya join biz ni semua pun sekadar nak mendapat side income di samping mengisi masa lapang.

Btw, Foot Detox Patch antara real biz yg boleh dikatakan antara yang berjaya yang pernah saya buat, actually this is my first real biz, yang lain-lain tu saya banyak join online biz je. Tapi nampaknya biz Detox Patch ni dah kurang mendapat sambutan daripada orang ramai, even my regular customers pun dah tak beli atau order lagi.huhu. Sekarang ni pun hanyalah tinggal baki stok yang terakhir, adalah dalam 500-600 keping lagi. Alhamdulillah masih elok lagi keadaannya walaupun dah agak lama dalam simpanan saya, sebab tu saya jual murah kalau ada yang nak beli. Nak kata rugi jual murah atau last stock ni tak terjual pun tidak sebab dah balik modal dan juga dah jana untung yang banyak juga. Bolehlah buat simpanan atau buat beli emas untuk simpanan jangka masa panjang. Lagi bertambah untung daripada sekadar menyimpan duit kertas yang nilainya semaking menyusut dari hari ke hari. Alhamdulillah.

Maybe populariti Detox Patch dah menjunam di kalangan orang ramai, ataupun maybe biz detox patch ni pun ikut trend juga kot. Saya pun tak update kan diri saya biz apa yang boleh jual kalau ikut trend sekarang. Kena check balik kat Forum Carigold agaknya kalau nak tahu biz apa yang boleh jual.hehe. Tapi kalau ramai orang ikut trend semasa dan jual barang yang sama pun akan mewujudkan persaingan. For sure, customer akan beli kat seller yang tawar dengan harga paling murah. Sebab itulah kita kena pandai improvise dalam berniaga. Oklah, cukuplah merapu saya buat kali ini.hehe.

post signature

No comments:

Post a Comment